I saw an entry from this one blogger, keterangan dia tentang PCOS sangatlah detailed ! I learnt a lot from reading her article. Thanks Ms.Nia =)
Her link:
http://mrsniazara.blogspot.com/2012/06/pcoser-perlu-bertindak-sekarang-juga.html
-------------------------------------------------------------------
Tiba-tiba saya rasa macam pipi saya 'ditampar' setelah membaca satu
artikel ni, mengenai pcos atau nama singkatannya polycyctic ovarian
syndrome yang boleh membuatkan telur seseorang itu tidak dapat matang
dan mengakibatkan ia tidak mampu untuk bersenyawa dengan sperma. Seperti
kata Dr saya sebelum ni, dengan adanya PCOS dalam diri maka banyak yang
kita kena korbankan. Korbankan nafsu makan, nafsu berehat saja-saja dan
yang paling penting, DUIT, untuk buat treatment dan sebagainya. Saya
baru tersedar yang saya tidak mengamalkan cara hidup sihat sebelum ni.
Saya
sebenarnya tidak menyangka yang saya turut mendapat PCOS ni, kerana
menurut Dr, pcos ni sebenarnya adalah datang daripada genetik, benda tu
memang dah ada dalam badan kita sejak dilahirkan lagi. Saya datang dari
keluarga besar, ibu ada 16 orang adik beradik dan ayah pula 9 orang.
Cuma, setahu saya, nenek saya menunggu 3 tahun untuk mengandung kali
pertama. So possibility daripada genetik tu ada la kut...
PCOS
adalah penyebab kegemukan, bukannya kegemukan penyebab kita dapat PCOS.
Oleh itu, marilah kita bersama sama berdiet untuk stabilkan hormon dulu,
kemudian barulah berusaha untuk dapat baby pula.
Daripada research yang saya buat di website, PCOS adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, iaitu;
1.
Insulin resistance
- dalam hal ini, cara kita untuk menurunkan insulin adalah penting.
Maknanya, pengambilan kadar gula kena rendah, so, SAY NO TO SUGAR!!!
Wah, itu dia...
Fungsi utama insulin memudahkan penyimpanan gula tambahan di dalam darah sebagai lemak. Untuk pcoser, jika kadar glukosa yang dimakan itu tinggi, maka
tahap insulin yang lebih tinggi daripada pengambilan protein dan gula merangsang kortisol yang memburukkan PCOS. Karbohidrat yang diproses, iaitu roti, kentang dan roti yang manis-manis tu, please block all those for your food list.
Dari pembacaan saya, natural remedy adalah;
1. Sesudu
Apple vinegar
campur dengan segelas air, dan minum. Ada juga orang yang makan je
terus sesudu, tapi saya tak tahan la...sebab rasanya sangat masam. Saya
cuma letak sedikit je atas sudu dan campur dengan air. Ada gak satu
produk ni, D-Chiro-Inositol, tapi mahal la...tak mampu den. Kat
sini macam-macam kebaikan apple vinegar ni.
2.
Hormon imbalance FSH/LH
Ia
berkait rapat dengan hormon estrogen dan progesteron. Pcoser berhadapan
dengan masalah period yang tidak menentu, macam chipsmore, kadang
kadang ada, kadang kadang tiada, disebabkan oleh pengeluaran estrogen
yang rendah. Oleh kerana estrogen rendah, maka progesteron menjadi
tinggi. Untuk mereka yang normal, hormon LSH dan FSH berada dalam ratio
yang sama, 1:1.
Ada banyak produk yang membantu meningkatkan
tahap progesteron yang makin berlambak dah saya nampak. Saya bukannya
anti dengan produk-produk ni, cuma saya lebih sukakan natural remedy,
sebab yang dijual tu pun belum lagi tentu kesahihannya. Natural remedy
untuk membantu meningkatkan progesteron adalah makanan yang kaya dengan
vitamin B-6. Ini termasuklah
bijirin,
kacang,
kunyit dan
oregano.
Zink juga membantu mengekalkan tahap hormon progesteron. Manakala untuk meningkatkan hormon estrogen, Buah-buahan seperti
epal, ceri dan
wheatmeal juga membantu.
3.
Testosteron tinggi
Selalunya
pcoser mengalami simptom-simpton kelelakian sedikit. Oleh kerana tahap
insulin dalam darah tinggi, maka ia memberi signal kepada ovari
mengeluarkan banyak testosteron, jadi LH pun jadi tinggi yang
dirembeskan oleh kelenjar pituitari. Contohnya ada misai nipis dan kaki
berbulu. Jadi, hormon ini berkait rapat kepada insulin resistant.
Dikatakan soya juga membantu untuk mengurangkan testosteron, tapi saya skeptical sikit dengan soya.
Cauliflower dan brokkoli juga membantu menurunkan paras hormon.
Kajian yang dijalankan menunjukkan
teh spearmint boleh diambil telah menurunkan tahap testosteron dalam badan.
4.
Emosi terganggu
Emosi
juga berkait rapat dengan pcoser disebabkan gangguan hormon tersebut.
Selalunya pcoser mengalami depression, kerisauan dan mood selalu
berubah-ubah. Saya juga mengalami benda yang sama, kadang-kadang benda
kecil pun saya dah risau berlebih-lebih pula, especially masa
sorang-sorang.
Bila saya tengok the whole picture of PCOS,
semuanya berpunya daripada insulin resistant. Kalau insulin berada di
tahap yang normal, kelenjar pituitari tidak akan signal kepada ovari
supaya keluarkan hormon progesteron yang berlebihan dan kadar estrogen
yang dirembes adalah rendah. Jadi, penting untuk pcoser untuk menurunkan
tahap insulin.
Oleh itu, mau tak mau pcoser kena diet. Turunkan
berat badan. Harini tiba-tiba timbulnya azam baru kat saya. Kekuatan
saya bangkit. Sudah 4 hari saya menjalani diet yang diberikan oleh Dr.
Makan
roti nan dan
tosai digalakkan untuk maintain diet. Of course, now I should say 'no' to processed food especially fast food.
Kawan-kawan,
apa lagi, marilah kita menggembleng tenaga untuk menurunkan berat badan
dan makan makanan yang organik. jadi, PCOSER perlu bertindak sekarang
juga!!! Selamat berjuang...
-------------------------------------------------------------------